Perkabungan yang menjadi
amalan masyarakat kita hari ini adalah tidak bercanggah dengan Islam jika perkabungan itu tidak melampaui agama tetapi suka untuk di ingatkan bahawa berkabung itu bukan dari ajaran Islam. Menzahirkan
rasa sedih itu memang menjadi tuntutan dalam Islam tetapi menzahirkan kesedihan
dengan berkabung melebihi 3 hari dan berpakaian hitam itu bukan dari ajaran
Islam. Ini adalah merupakan amalan dan budaya orang nasrani. Islam melarang
kita untuk menyerupai orang-orang kafir kerana upacara berkabung ini merupakan
tradisi mereka dimana ada sesuatu kematian maka mereka berpakaian hitam dan
berkabung 40 hari dan sebagainya. Berkabung menzahirkan rasa sedih itu tidak
salah tetapi mestilah tidak melebihi 3 hari kecuali si isteri yang kematian
suami. Islam telah mensyariatkan seorang isteri jika kematian suami, wajib
berkabung dengan tidak berhias dan sebagainya selama 4 bulan 10 hari.
Sepertimana dalam hadis Nabi s.a.w yang cukup mashur nabi bersabda:
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari
Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian
suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Jika di imbaskan kembali, ketika wafatnya Rasulullah s.a.w ,para
sahabat baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Wafatnya
4 khalifah ar-rasyidin yang sangat mulia disisi Islam Saidina Abu Bakar As
Siddiq,Saidina Umar Al Khattob,Saidina Uthman Al Affan dan Saidina‘Ali Abu
Talib umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung.Sedangkan pemergian
baginda dan para sahabat baginda, mereka lebih layak untuk ditangisi dan
berkabung jika di syariatkan. Dalam
Islam sememangnya sudah jelas lagi terang,berkabung selama 40 hari,memakai
lilitan putih dan sebagainya bukanlah datang dari ajaran Islam dan sebenarnya
amalan sebegini menyerupai budaya dan tradisi orang kafir.
Islam tidak melarang untuk kita menzahirkan rasa kesedihan dan
kepiluan atas pemergian seseorang namun Islam melarang untuk kita terlalu
melampau atau meratapi pemergian seseorang.Cukuplah sekadar melahirkan rasa
sedih dengan memberi ucapan takziah dan menghulurkan bantuan jika memerlukan.
Cantiknya Islam meraikan fitrah manusia dan bertambah indahnya Islam itu
sendiri dengan menegah kita dari sifat keterlampauan kerana sesungguhnya
disebalik apa yang terjadi ini adalah merupakan suratan takdir yang Maha
Kuasa.Marilah kita sama-sama menghindari perbuatan yang menyerupai tradisi
budaya orang kafir dengan berkabung melebihi 3 hari,memakai lilitan putih dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment