Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah
swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa
pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita,lemahnya dan rendahnya iman kita.Jika kita
anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita
sahaja yang mengalaminya,mungkin ada saudara kita yang lain menghadapi musibah
yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.Antara sebab ujian diturunkan
adalah untuk meningkatkan darjat seseorang di sisi Allah. Dan
Maha Bijaksana Allah apabila ujian itu diberikan berdasarkan tahap keimanan.
Dan tentunya ujian yang paling hebat adalah apa yang dialami oleh para nabi.
Perkara yang perlu kita ketahui dan sedari adalah setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan serta ujian , dan setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza kerana Allah datangkan dugaan kepada hambanya adalah berdasarkan kemampuan hambanya dan Allah tak akan sesekali membebankan hambanya, nak tahu kenapa? kerana Allah itu maha pengasih serta maha penyayang .Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman kita.Hakikat ujian adalah nikmat.Nikmat kesabaran,nikmat air mata,nikmat rayuan aduan pada Nya.Ujian sebenarnya menyingkap hakikat kehidupan yang hanya sementara.Sesungguhnya kasih Nya pada hamba Nya dengan ujian dan musibah maka senyumlah.

Sedarkah kita, bahawa Allah menguji kerana Allah menyayangi kita? Cuba kita renung kembali, kadang-kadang selepas sesuatu ujian itu pergi, barulah kita menyedari bahawa ia tidaklah sebesar mana. Namun Allah memberi kerunsingan kepada kita tatkala kita di dalam musibah itu, kerana apa? Pastinya kerana Allah mahukan kita kembali kepadaNya.Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
No comments:
Post a Comment