Wanita merupakan topik yang selalu menarik
untuk dibahas. Dalam suatu kisah, Tuhan menciptakan wanita dengan kelembutan
untuk melengkapi sifat keras lelaki, menciptakan keindahan paras dan
melengkapinya dengan tutur kata yang halus untuk menenangkan hati lelaki yang
gusar. Wanita adalah sosok istimewa yang diciptakan Tuhan untuk menjadi makhluk
yang pantas dicintai dan dihormati. Untuk melengkapi keindahan ciptaanNya,
Tuhan mengizinkan wanita menggunakan perhiasan indah seperti emas permata.
Tuhan menciptakan sosok hebat terlahir dari rahim seorang wanita dan membentuk
peribadi hebat dari didikannya. Tuhan juga menyertakan perasaan yang kuat
sekaligus sangat rapuh pada diri wanita. Tuhan telah mengistimewakan wanita,
sayangnya banyak wanita yang tak menyedari dirinya sangat berharga.
Wanita yang menyedari dirinya berharga akan
menutup aurat dan menjaganya. Tetapi di zaman sekarang dengan kepopularan hak asasi manusia dan ideologi demokrasi liberal, wanita bebas memilih pakaian.Wanita adalah makhluk yang istimewa. Allah sendiri yang sebut dalam surah
an-Nisa agar wanita menjulurkan jilbab dan menjaga pandangannya. Untuk apa? Sudah
tentu untuk menjaganya. Kerana wanita begitu berharga, Allah muliakan ia dengan
menjadikan seluruh tubuhnya aurat kecuali telapak tangan dan wajahnya.
Wanita istimewa kerana hanya mereka ini yang
Allah izinkan untuk mampu melahirkan dan menyusui anaknya. Dari rahimnya
terlahir manusia-manusia pemimpin dunia, dari rahimnya lahir generasi-generasi
penerus bangsa. Di tangannyalah terletak madrasah pertama. Ucapannya adalah doa
yang mustajabnya langsung naik ke langit tujuh lapis. Maka jika ia “sempurna”
nescaya anak-anaknya pun terjaga. Istimewanya wanita jangan lagi ditanya.
Bahkan seorang kekasih Allah, Rasulullah, ketika ditanya, “Kepada siapa aku
harus berbuat baik, wahai Kekasih Allah?” “Ibumu, Ibumu, Ibumu, lalu Ayahmu,”
jawabnya. Tiga kali disebut, menandakan begitulah kemuliannya.
Sedarlah duhai wanita sebelum datangnya sinar islam
,wanita dizalimi , hak wanita dicerobohi,wanita ditanam hidup-hidup , tiada
penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, wanita
hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat
islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang ,darjat wanita diangkat ,maruah
wanita terpelihara,wanita dihargai dan di pandang mulia,dan mendapat tempat di
sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita
solehah.Sedarlah wanita kau makhluk paling istimewa. Tangan yang mengoncang
buaian mampu mengoncang dunia , sedarlah wanita engkau mampu mengoncang dunia
dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah , kau mampu
mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan
sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia.
No comments:
Post a Comment