Kadang-kala kita menjadi leka dan lalai dalam lautan manusia di luar sana. Di sebalik pujian demi pujian yang dilontarkan, iblis semakin cekap dalam melaksanakan misinya membuatkan kita terlena dibuai mimpi indah bahawa kitalah yang terbaik, kitalah yang termasyhur, ilmu kitalah yang terhebat dan syurga adalah pasti kerana usaha & amalan kita selama ini. Kita menyangka bahawa kita melakukan kebaikan tetapi rupa-rupanya di akhirat sana tiada bahagian untuk usaha kita di sini. Kenapa???
Kerana iblis akan mencantikkan kebathilan sehingga lebih menonjol dari kebenaran dan malahan ketika kita menempuh jalan yang benar dan melakukan kebaikan, iblis tetap tidak berputus asa kerana mereka akan berusaha pula membuatkan kita melakukan kemaksiatan melalui kebaikan. Do the right thing in a wrong way.
Jadi ambillah peluang sekali-sekala untuk berkhalwat. Begitu banyak sekali di sebalik berkhalwat ini. Mengingatkan diri tentang masa silam, merenung masakini & memikirkan serta merancang masa hadapan - kematian yang pasti menjelma tiba. Saya sedang menikmati manfaat berkhalwat kerana tiada banyak program dalam seminggu dua ini.
* Khalwat menurut Islam adalah di mana seseorang menunjukkan kesunyian dengan bertafakur terhadap Allah dan supaya mengingati-Nya setiap masa dengan menyebut nama Allah di dalam hati, fikiran atau secara lisan. Namun sedihnya perkataan khalwat kini lebih sinonim & difahami oleh masyarakat dengan perbuatan yang mengaibkan di mana lelaki & perempuan bukan mahram berdua-duaan. Khalwatlah secara Islamiah...
“Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi peringatan”
Saturday, 5 October 2013
Tuesday, 24 September 2013
KEMBALILAH BERSATU
Mari
kita sama-sama fikirkan, kita mempunyai seorang kawan baik yang bukan Islam dan
mengajak ke rumahnya untuk menjamu selera. Sudah pasti kita menolaknya. Tetapi
jika dia seorang Islam, tentu tidak menjadi masalah kepada kita. Ini
menunjukkan Islam menjadi titik tolak perhubungan sesama manusia. Dan Allah swt
menceritakan pautan hati di kalangan Islam adalah dengan kurniaan Allah yang
maha besar sebagaimana firmanNya;
و
الف بين قلوبهم لو انفقت ما فى الارض جميعا ما الفت بين قلوبهم لكن الله الف بينهم
انه عزيز حكيم
Artinya,
Dan yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu membelanjakaan semua harta
kekayaan yang berada dibumi , nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati
mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesunguhnya dia maha
perkasa lagi maha bijaksana . Al- Anfal 63
Peribahasa
yang biasa kita dengar, Bersatu Teguh Bercerai Roboh merupakan ungkapan ke arah
perpaduan. Hadis Nabi tidak terkecuali dalam memupuk dan menggalakkan umat
Islam agar menghayati nilai-nilai perpaduan seperti kasih-sayang, hormat
menghormati, dan bertolak ansur sesama Islam.
Sebagaimana
hadis yang masyhur kita dengar, لا يؤمن احدكم حتى يحب لاخيه ما يحب
لنفسه
Artinya
:- Tidak beriman seseorang kamu dengan iman yang sempurna, sehinggalah ia kasih
kepada saudaranya sebagaimana ia kasih kepada dirinya sendiri.
Maka
dengan penerangan Hadis dan Al-Quran tersebut fahamlah kita, perpaduan termasuk
dalam urusan agama dan amat dituntut di dalam Islam. Manakala sifat yang suka
kepada permusuhan dan perbalahan sesama Islam, amatlah di benci Allah dan
Rasulnya. Sebagaimana maksud daripada sabda junjungan manusia iaitu, Yang
paling Allah benci ialah yang keras kepala dalam perbalahan ( Riwayat bukhari
dan muslim )
Firman
Allah swt ini menunjukkan kepada kita supaya menghulurkan perdamaian jika pihak
musuh ingin berbuat demikian.
وان
جنحوا للسلم فاجنح لها وتوكل على الله انه هو السميع العليم-الانفال 61
Maksudnya
: Dan jika pihak musuh cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah
cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya dia maha
mendengar lagi maha mengetahui – al- anfal 61
Manusia
yang memusuhi perpaduan adalah mereka yang telah memasuki perangkap syaitan dan
kuncu- kuncunya. Perasaan dendam dan taksub tidak mengira tempat menjerumuskan
seseorang ke kancah permusuhan dan perpecahan. Musuh-musuh Islam samaada yang
boleh dilihat oleh mata seperti orang- orang kafir ataupun yang tidak dapat
dilihat oleh mata kasar iaitulah syaitan, amat suka jika umat Islam
berpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri.
Untuk
memupuk perpaduan sekalipun, bukannya mudah. Namun adalah sesuatu yang tidak
mustahil, tidak semestinya pada sudut politik sahaja. Banyak sudut lain atau
perkara yang menjadi persamaan di antara kita umat Islam.
Langkah
pertama untuk kita memupuk semangat perpaduan ialah, Kedua-dua pihak perlu
mengikhlaskan diri kerana menuntut keredhaan Allah, Bukannya ada agenda
tersembunyi untuk mendapatkan sesuatu kepentingan samada politik atau lainnya.
Dan Insyaallah, niat yang murni akan membuka jalan yang positif.
Langkah
kedua, mengkurangkan polemik berpolitik. Kedua-dua pihak hendaklah menjuruskan
ke arah isu kepentingan bersama, seperti isu agama. Contohnya isu hak
penjagaaan anak, apabila salah seorang ibu bapa yang bukan Islam memeluk Islam,
maka hendaklah hak penjagaan anak tersebut diserahkan kepada ibu bapa yang
Islam. Begitu juga isu murtad. Kedua-dua pihak boleh mengambil pendekatn
bersama. Tidak kurang juga isu hak keistimewaan bumiputra yang boleh merapatkan
jurang perpecahan.
Langkah
ketiga, pihak yang berkuasa memegang tampuk pemerintah hendaklah mengurangkan
tekanan kepada pihak yang satu lagi dan tidak menganak-tirikan golongan yang
satu lagi samada dari sudut politik mahupun ekonomi.
Langkah
keempat, setiap individu muslim hendaklah melihat sesuatu perkara dengan neraca
fikiran, berlapang dada dan tidak menggunakaan sentimen kepartian semata- mata.
Di samping itu individu muslim hendaklah berada di atas ikatan 'makasidul
syariyyah' yang mengajak kita melakukan pengislahan dan menjauhkan kerosakan.
Islam
menetang sebarang bentuk assabiah iaitu semangat perkauman dan menyokong
kumpulannya dengan melulu tanpa berfikiran waras. Jika dahulu, assabiah boleh
diertikan taksub kepada kaum sendiri, bangsa sendiri, atau kumpulan sendiri.
Dan assabiah boleh diertikan juga, mereka yang melulu dan mengunakan sentimen
kepartian semata- mata tanpa menilik kepada kesan jangka panjang sesuatu
masalah yang dihadapi.
Rasulullah
saw bersabda, bukanlah dari kalangan kami sesiapa yang menyeru kepaada
assobiah, bukan dari golongan kami mereka yang berpegang atas asobiah, dan
bukan dari golongan kami, sesiapa yang mati atas dasar assobiah( Abu Daud)
Rasulullah
ada bersabda yang maksudnya secara umum demikian, Janganlah kamu bersangatan
membenci seseorang kerana mungkin suatu masa nanti ia akan menjadi sahabat kamu
dan janganlah kamu melampau mengasihi seseorang kerana kemungkinan suatu hari
kelak ia menjadi musuh kamu . Oleh itu, sama-samalah kita merenungkan sesuatu
yang amat tinggi nilainya disisi Allah dan penghidupan kita.
WARKAH KEINSAFAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan
nama Allah yg Maha Pemurah lagi Penyayang,
Sudah
terlalu lama diri ini tidak menulis.Keringnya ruh seorang hamba kerana
kurangnya masa diluangkan untuk menghisab diri dan untuk mengenal
penciptanya.Ku baca ayat-ayat dalam surah ar-ra’du .Aku terkesima tatkala
membaca ayat ke-11
“Baginya
(manusia)ada malaikat-malaikat yg selalu menjaganya bergiliran dari depan dan
belakangnya.Mereka menjaganya atas perintah Allah.Sesungguhnya Allah tidak akan
mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka
sendiri.Dan apabila Allah menghendaki keburukan kepada sesuatu kaum maka tak
ada yang dapat menolaknya dan tidak ada yg dapat menolaknya dan tidak ada
pelindung selain Dia”
Subhanallah,
selama ini aku melakukan sesuatu sesuka hati.Aku terlupa bahawa ada
malaikat-malaikat yg sentiasa mencatat amal-amalku.Aku sudah lamatahu
malaikat-malaikat itu ada mencatat amal manusia,TAPI AKU TERLUPA sehingga
terkadang tindakan yang diambil itu tidak seharusnya berlaku.
Aku
sering bermohon “Ya Allah berikanlah kejayaan yang cemerlang kepadaku dalam
peperiksaan”.Namun bagai mana aku ingin cemerlang jika usaha aku tak setara
mana.Asal penat tidur.Tiada usaha untuk melawan kepenatan.Kalau usahaku di
takat lama bagaimana harus Allah memberikan kejayaan yg lebih daripada usahaku
itu.
Terima
kasih Allah kerana telah memberikan “rasa” yg aku terkadang “lupa” dan
“leka”.Aku bukanlah siapa-siapa.Aku hanyalah hamba Allah yg lemah dan selalu
melakukan kesilapan.
Namun,
itu bukanlah satu alasan untuk aku terus merasa lemah dan tenggelam dengan
kesilapan.Inilah masanya untuk berubah untuk menjadi lebih baik.Allah mengira
setiap usaha kita.
Jika
tak ditunaikan permintaan kita sekarang, mungkin ditangguhkan untuk masa
depan.Atau mungkin juga Allah mengambil doa-doa kita untuk menebus dosa-dosa
kita yang perasan atau tidak sentiasa banyak.Jika dihitung nikmat Allah nescaya
kita tidak akan mampu menghitungnya.
BELAJARLAH DARI KESILAPAN
Ramai
orang takut untuk silap. Silap dan salah kadangkala dipandang sebagai sesuatu
yang amat negatif dalam kehidupan insan. Ya, kalau kita lihat secara sekali
lalu – silap dan salah – sememangnya adalah negatif.
Tetapi
sebagai manusia, kita tak akan mampu mengelak diri daripada melakukan kesilapan
dan kesalahan. Tidak kira sehebat mana pun kita mempersiapkan diri, akan wujud
juga keadaan-keadaan di mana kita melakukan kesilapan.
Namun
sebenarnya, kegagalan, kesilapan, kesalahan bukanlah sesuatu yang negatif 100%.
Kita
patut memandang kegagalan, kesilapan dan kesalahan itu daripada luar kotak
kebiasaan.
Kadangkala,
kita bersedia hingga sampai tahap kita merasakan bahawa kita telah faham atau
merasakan bahawa kita telah mampu melakukan terhadap sesuatu perkara.
Untuk
soalan periksa kita rasa kita sudah boleh jawab semua jenis soalan.
Namun
tiba-tiba, kita melakukan kesilapan. Apa yang kita faham rupanya tidak tepat.
Apa yang kita siap sediakan rupanya tidak kena dengan apa yang dikehendaki
dalam pekerjaan. Kita telah tersalah. Kita gagal mendapat keputusan yang
cemerlang. Kita gagal dalam melakukan kerja yang terbaik.Di sini kalau keimanan
itu wujud bersama kita, pertama sekali kita akan bersangka baik kepada Allah
SWT.“Mustahil Allah nak zalim pada aku.”
Hal
ini kerana, jelas wujud Hadith 40 Karangan Imam An-Nawawi: Daripada Abu Zar
al-Ghifaari r.a, daripada Rasulullah s.a.w berdasarkan apa yang diriwayatkannya
daripada Tuhannya yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi bahawasanya Ia berfirman : “Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku mengharamkan ke atas
diri-Ku kezaliman…”
Maka
kita akan melihat semula kesilapan kita itu.
“Kenapa
aku silap? Di mana aku silap? Macam mana aku boleh tersilap.”
Dan
ketahuilah, apabila kita muhasabah semula, kita akan mendapat satu perkara
baru. Pengajaran baru. Yang mana sekiranya Allah izin kita tidak silap dalam
kesilapan kita tadi, kita tidak akan mempelajari pengajaran tersebut. Kita
tidak akan mengetahuinya. Namun dengan kasih sayang Allah SWT, dengan hikmahNya
yang tersangat luas, Allah ingin kita melihat sesuatu. Sebab itu disilapkan
kita.Tidakkah kita fikirkannya???
JOM TANGANI PANAS BARAN
Apabila kita marah syaitan mudah untuk menggoda kita melakukan
perkara-perkara yang tidak baik. Betul tak? biasanya terjadi macam tu kan.
Lepas kita tersedar baru kita terfikir apa yang kita lakukan tadi adalah tidak
betul. Perhatikan bila orang marah keadaan diri seperti hilang pertimbangan. Di
waktu itulah orang akan melihat sikap sebenar seseorang. :
Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:
- Mengubah
Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu
marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk.
Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka
hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
- Berwuduk
- Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan
syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan
dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka
hendaklah ia berwuduk” (HR Abi Daud) .
- Minum
air.
- Mendiamkan
diri ketika marah dan banyakkan istighfar di dalam hati.
- Mohon
berlindung kepada Allah daripada syaitan.
- Meluahkan
perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
- Berfikiran
positif.
- Belajar
menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada
memekik atau bertindak garang.
- Bawa
bertenang seperti menarik nafas.
- Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
UTUSAN ALLAH
KATAKANLAH
(wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu;
diwahikan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah
kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai
keredaan-Nya) serta pohonlah kepada-Nya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah
lalu). Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang
mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu yang lain).” (Fussilat: 6).
Nabi
Muhammad merupakan rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah s.w.t. kepada
seluruh umat manusia di muka bumi ini bertujuan menyebarkan ajaran Islam dengan
menyeru mereka mengesakan Allah s.w.t., tiada tuhan yang layak disembah
melainkan-Nya. Manusia diseru supaya mematuhi segala suruhan-Nya dan
meninggalkan apa yang dilarang oleh-Nya.
Sebagaimana
nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutuskan sebelum ini, baginda juga adalah dalam
kalangan manusia. Walaupun baginda seorang yang ummi (tidak tahu membaca) tetapi
baginda dapat mempelajari dan mendalami al-Quran dengan sebaiknya dengan
dibantu oleh malaikat Jibril a.s.
Baginda
juga terkenal dengan akhlak terpuji dan budi pekerti yang tinggi sehingga
menjadi idola dan contoh tauladan kepada manusia sejagat di sepanjang zaman.
Setelah
melalui pelbagai rintangan ketika mengembangkan agama Allah s.w.t., baginda
dapat melembutkan hati-hati yang keras agar memeluk Islam dengan menggesa
mereka agar bertaubat terhadap kesalahan dan dosa yang lampau. Mereka juga
diberi peringatan bahawa sesiapa yang mempersekutukan Allah s.w.t. dengan
sesuatu yang lain akan mendapat balasan azab di akhirat kelak. Akhirnya,
jadilah mereka orang yang sanggup berkorban dan mempertahankan Islam hingga ke
titisan darah yang terakhir.
Kejayaan
Rasulullah s.a.w. menyebarkan agama Allah s.w.t. sungguh mengkagumkan. Sehingga
kini kita masih mampu merasai kemanisan iman yang dibawa oleh baginda. Sebagai
generasi Islam masa kini, kita hendaklah meneruskan dakwah Islamiah bagi
memperjuang dan menyambung usaha baginda dalam menegak dan mengembangkan syiar
Islam di serata dunia.
10 SOALAN UNTUK KITA FIKIRKAN
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan…
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah orang yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain. …
Subscribe to:
Posts (Atom)