Kehidupan ini sama seperti asap yang kelihatan hanya
sebentar sahaja, lalu lenyap. Sesungguhnya manusia seperti nafas dan semuanya
sia-sia. Ramai yang berharap untuk kehidupan ini dan mereka menganggap inilah
'kampung halaman' yang sebenar. Setiap hari mereka sibuk dengan urusan dunia,
mencari duit, bekerja dan bersuka ria. Mereka lupa diri, bahawa saatnya akan
tiba apabila segalanya berakhir dan kita akan kembali ke 'kampung halaman' yang
hakiki, iaitu syurga atau neraka. Kehidupan juga penuh dengan penderitaan dan air
mata. Oleh itu, sapulah air matamu dan lihatlah disekililingmu. Masih ramai
insan yang belum dikurniakan nasib yang baik seperti diri kita. Mungkin kita
merasakan berat ujian yang digalas dipundak ini, sehingga tak terjangkau dek
kemampuan diri.
Namun, ingatlah! Jika kita merasakan diri kita ini lemah
tak bermaya. Jangan dilupa akan
saudara-saudara kita yang masih berat ujiannya. Bagaimana mereka masih lagi
tabah tersenyum menghadapi risiko kehidupan yang diberikan olehNya. Sesungguhnya
Allah itu langsung tidak menzalimi kita dengan membalas dendam atas kesilapan
yang seringkali kita ulangi. TETAPI setiap musibah, ujian dan juga dugaan yang
diberikan adalah salah satu tanda bagaimana Allah membuktikan kasih sayangNya
kepada hamba-hambaNya. Lantas menyeru dibenak fikiran kita bukti kasih
sayang Allah? Benarkah? Benar. Sememangnya fitrah manusia mencari nilai
ketuhanan apabila diri diuji dengan rintangan.
Bagaimana kita lihat para solafussoleh yang terdahulu
mereka rata-ratannya dari golongan yang paling banyak diuji. Ini kerana,
apabila hati kita sering diuji, maka kebergantungan kita kepada Allah semakin
kuat berbanding dengan hati yang sering dibajai dengan kemewahan. Lihatlah
perbandingan kehidupan antara kehidupan kita dengan saudara kita di Gaza,
Syiria. Bagaimana mereka begitu yakin dengan pertolongan Allah berbanding kita
yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Oleh itu, jadikanlah segala ujian dan
musibah yang menimpa kita inisebagai biji-biji benih yang tunasnya menghala
pucuknya ke jalan syurga. Jadilah insan yang redha dalam menerima segala dugaan
yang menimpa diri. Mungkin, diri ini masih belum lagi teruji dengan kata-kata
sendiri. Namun, percayalah bahawasnya
‘hanya insan istimewa’ sahaja akan menerima pentarbiyyahan secara terus dari
Allah. Bersyukurkalah diatas kurniaan benih-benih syurga kerana itulah buktinya
Allah bersama dan Dia tidak meninggalkan kita bersendirian.
No comments:
Post a Comment