Tuesday, 31 March 2015

GEMERSIK RINDU

Ibarat turun nya air hujan memandikan bumi,
Begitulah kini yang kurasakan dan kualami,
Berderai tangisan air mata ke pipi tak berhenti,
Hanya kerana menanggung sebuah kata rindu dihati
Kepada siapa hendak kuluahkan,
Kemana hati harus ku hiburkan,
Jika semua yang ada hanya rindu pada bayangan,
Aku kesepian,aku kesunyian,tanpamu kasih pujaan..
Aku rindu pujuk dan rayu,
Aku rindu sapaan sayang darimu,
Aku rindu belaian manjamu,
Aku rindu semuanya tentang kamu.



                                                                


Rasa ini bukan seperti wayang,
Juga bukan seperti baju,
Bukan untuk dilihat dan dipakai buang,
Tapi perlu dimengerti setiap rasa disudut hatiku
Sayang yang kuluahkan ikhlas dari hati,
Bukan sekadar madah puisi,
Bukan pula hobi menebar segala janji,
Sayang ku memiliki hati yang murni,
Sehingga hasrat kau ingin kumiliki
Andaikan benar rasa ini tersambut sayang,
Tersenyum hatiku dibalik dinding hati yang usang,
Gerhana dan tandus dihati sudah menghilang,
Saat kau balas rasa ini dengan sayangmu yang datang
Terima kasih kerana menyangiku sayang

No comments:

Post a Comment