Wednesday, 4 March 2015

SAAT DIRI INI LEMAH

Tuhanku
Ketika hati menangis, hanya kau saja yang tahu
Ketika mereka meninggalkan aku sendiri
Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku
PadaMu tempatku menagih kasih
Ketenangan kurasa mendekatiMu
Syahdu malam tak terasa sunyi

Tuhanku
Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan
Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar erti kematangan
Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan
Pada mereka yang pernah melupakanku 



Tuhanku
Ketika aku buntu
Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan
Kau tak biarkan aku sendirian
Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira
Syukurku melangit pun tak tercapai
Sungguh aku merasa berdosa kerana dulu sering lalai
Semoga penyesalanku Kau terima

Tuhanku
Meniti sebuah kembara hidup yang penuh misteri ini
Daku menadah tangan memohon keampunan Mu
Daku mohon segala kekuatan dan ketabahan untuk ku
Bagi meredah ranjau kehidupan yang penuh keasyikan ini
Kurniakanlah daku sifat mahmudah hindarilah ku sifat mazmumah

No comments:

Post a Comment