Tuesday, 31 March 2015

TANGISAN DI CERUK DUNIA

Merenung di luar jendela, sambil menyaksikan kebesaran Nya. Tiada tuhan selain Nya tuhan sekalian alam.Hati ini terusik dengan ujian  yang mencengkam umat islam sekalian.Darah manusia kini dijadikan sebagai makanan harian bagi mereka yang tidak berhati perut. Peluru-peluru pula menjadi hiasan pakaian rutin harian mereka. Siapakah mereka yang tidak berhati perut itu ? siapakah pula yang menjadilan peluru sebagai pakaian mereka ?. Mereka adalah musuh-musuh islam yang tidak berhati perut itu yang senantiasa tidak redha melihat Islam terus berkembang syiarnya. Pelbagai jalan dan cara dijadikan sebagai wadah permusuhan mereka dengan Islam. Dunia terus berputar menyaksikan pelbagai bentuk kezaliman dan kekejaman dilakukan pada umat Islam. Jauh di satu sudut dunia ini, wujudnya suatu tangisan di ceruk dunia yang menyaksikan umat islam hari ini terus dijadikan mangsa kekejaman dan kezaliman pada makhluk bernama  manusia berhati syaitan ini.


Palestin sudah seakan mati dek kerana jajahan mereka yang  masih dahagakan darah umat islam di sana.Syiria terus dijadikan bahan untuk terus mencengkam umat islam dari terus dizalimi dan disakiti. Dunia islam hari ini seakan dilihat seperti terkepung dek kerana kezaliman dan kekejaman sedang bermaharajalela ini. Ketika warga dunia tidur lena dibuai mimpi yang enak, saudara kita warga etnik Rohingnya di cabuli hak kemanusiaan. Mereka ditindas atas dasar Islam. Hak mereka dirampas,tubuh mereka dibakar seakan-akan tiada nilai kemanusiaan dihati mereka yang tergamak melakukan perkara sebegini. Apakah kita semua ambil cakna tentang nasib mereka ? Saudara-saudara kita di Palestin, Syiria,Iraq,Rohingnya, Selatan Thai dan banyak lagi majoriti umat Islam hari ini di tindas di zalimi tanpa sebarang pembelaan dunia. 




Ada benarnya kata hukama “Dunia ini tidak pernah adil bagi kita”. Dunia yang berputar hari ini menyimpan seribu satu rasa sedih,pilu dan hampa dengan sifat rakus manusia yang seakan seperti bertuhankan syaitan membunuh,merogol malah mereka tegar mencabuli hak kemanusiaan atas dasar perbezaan agama yakni agama yang dimusuhi mereka iaitu agama Islam. Sudah tentu kita belum buta hati menyaksikan pelbagai siri kezaliman dan keganasan terus berlaku bermaharajalela di atas muka bumi ini. Apakah kita sedar bahwa Islam hari ini telah diserang dari pelbagai sudut ruang lingkup kehidupan.Serangan pemikiran makin berleluasa, suntikan vaksin perbalahan sesama islam semakin menjadi-jadi malah apa yang lebih membimbangkan kita pada hari ini ialah siri keruntuhan akhlak moral semakin menebal melupuskan budaya ketimuran yang menjadi pegangan kita selama ini. Apakah kita hanya sekadar menjadi penonton kepada sebuah tangisan ceruk dunia ini.


Menangis dek kerana sifat kerakusan manusia yang semakin gemar melakukan kerosakkan demi kerosakkan, kemusnahan demi kemusnahan asalkan kepentingan mereka terus terjaga rapi.Dunia akan terus menangis namun adakah kita masih terlena dibuai kemewahan yang melimpah ruah sehingga kita menggabaikan tangisan ceruk dunia pada hari ini. Mereka yang di zalimi terus meronta-ronta mendambakan sebuah nilai keadilan dunia pada mereka sedangkan orang yang zalim terus membuak-buak semangat menghancurkan generasi islam yang bakal menjadi tunjang kebangkitan syiar islam. Jauh dari satu sudut yang lain,marilah kita renungkan sejenak,apakah nasib mereka yang terus di tindas ini ? Adakah sifat kemanusiaan kita hanya dizahirkan secara bermusim ? Adakah kita masih mempunyai jiwa nurani yang bertuhankan Rabbul Izzati ? Jika benar-benar begitu,kita seharusnya senantiasa menyatakan solidariti kita buat saudara-saudara kita yang ditindas tanpa bermusim.

No comments:

Post a Comment